Tuesday 10 May 2011

sAHabAT....

Memilih seseorang untuk dijadikan kawan adalah sangat penting untuk masa depan kita. Secara tidak sedar, ramai yang tidak menyedari kepentingan memilih kawan yang matang dan baik untuk masa depan. Kawan ini memainkan perananan dalam kehidupan kita selepas ibu dan bapa sebenarnya.
“Kita sekarang, merupakan kita yang akan datang..”


Ini menunjukkan mencari sahabat a.k.a kawan yang baik ini adalah diharuskan, kerana ia menentukan siapa kita di masa akan datang. Kerana melalui kawan juga pembentukkan peribadi akan berlaku.
Sebagai contoh senang, apabila kita berkawan dengan seseorang. Kita ‘terpaksa’ mengikut rentak mereka baru boleh masuk dengan mereka. Sbgai cnth, sye blajo di u. Di u  kita akan menjumpai skmpulan tidak kira perempuan atau lelaki. Kita akan lihat macam mana msing2 bleh mesra atau boleh ke sana dan kesini bersama-sama. Sudah pasti ada sedikit sebnyk persamaan diklngan mereka.
Ok. Sekiranya kita ingin berkawan dengan orang tua. Adakah kita akan berpelakuan seperti kita berkawan dengan kwn2 kita di u atau kita ikut rentak org tua tersebut? Org tua disini bukan bermaksud orang tua yang sudah pencen! Tapi orang yang lebih tua pada kita, beza 2-4 tahun dengan kita contohnya.
Individu yang matang boleh dilihat melalui peribadi mereka, tidak kiralah macam mana carapun. Namun kebiasaannya individu yg matang, dia akan menggunakan masanya dgn perkara yg berfaedah drpda membuang masa. Sbgai contoh mdh adalah ibu dan bapa kita, adakah mereka menghabiskan masa seperti kita? Sudah tentu sebaliknya! Kehidupan mereka lebih tersusun padahal mereka tidak membuat sebarang jadual waktu, namun mereka pandai memenuhkan masa yg terluang. itulah yang dinamakan matang a.k.a mature!
Kalau kita berkawan dengan orang kuat bercinta, maka bergitulah kita akan datang. Maksud akan datang bukan makan tahun 5 tahun ke atas, dalam masa berbulan pun ada dan setahun dua pun ada, ia tidak mustahil.
Namun segalanya terletak pada keperibadian kita untuk menerima atau tidak. Contoh lain adalah, tidak semuanya yang berkahwin itu sudah matang, adapun yang belum matang. Dah baligh tidak semestinya matang.

No comments:

Post a Comment